4 Feb 2013

~SCAR~



Dia menembak tanpa sempat untuk aku berlindung..sakit dan menyakitkan..saat bibir masih lagi mahu berbicara , dia diamkan aku..Ya Allah, apakah semua ini??

Otak berputar mencari  idea bagaimana mahu menewaskan musuh ini..sudah banyak strategi dan peluru dibazirkan..malah aku yang asyik terkena..adakah aku telah tewas?
Bunga yang indah itu juga di salah ertikan..dia menembak lagi..maafkan aku wahai si tulip, aku tidak berjaya mempertahankanmu..gugurlah si tulip jatuh ke bumi..

Dia masih lagi berkata-kata..mempertahankan sesuatu yang aku juga tidak pasti..apa yang aku tahu, api-api yang membakar itu semakin marak..Ya Allah,selamatkan kami..

Peperangan ini terus berlanjutan..bahtera yang dinaiki semakin karam..
( macam cter titanic pulak ) ..api-api  semakin galak menyambar..aku tidak berdaya lagi..seakan mahu menjerit..
Maafkan aku..kau menembak tanpa alasan yang kukuh..aku mengalah kerana  masih menghormatimu sebagai seorang guru..

A tongue has no bones, but it’s already strong enough to break a heart, so be careful with your word
*To be honest with you, every scar tells a story..