24 Nov 2014

Aku

Kadang melangkah tanpa mahu menoleh lagi..Kadang tertoleh mahu kutip kisah silam..Bukan kerana kenangan..Tapi kerana pengajaran..Kadang hati bicara itu..Kadang akal bicara ini..Kadang hati pedih ikut bicara akal..Kadang akal serabut ikut bicara hati..Aku kusut..Aku buntu..Bukan kerana kamu..Tapi kerana aku..Aku yang tak sempurna..Aku yang tidak tahu menilai kaca dan permata..

23 Aug 2014

Capital S

Kawan yang aku kenal masa umur 17 tahun.Dah 5 tahun berlalu.Kawan yang tak pernah bosan amik berat pasal aku.Kejutan pertama kau buat,datang Terengganu tanpa pengetahuan aku.Terbang jauh dari Johor,tiba-tiba ada kat depan mata aku.Memang sah kau gila.Dalam setahun,dalam 2 kali kita jumpa.Aku tak kisah sangat sebab kau duduk jauh.Kadang aku serabut,menyampah,benci dengan kau,sebab kau suka membebel.Aku cakap A,kau cakap B.Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku.Ye,aku tahu aku keras kepala.Aku buat apa yang aku suka.Hidup aku hal aku.Kau pulak dah macam pakcik-pakcik.Membebel+marah aku.Aku menyampah.Kejutan kedua kau buat tahun lepas,family kau datang Terengganu masa aku tengah final exam.Kau gila apa????.Aku keluar makan dengan family kau dengan menjadi seorang yang sopan santun.Errkkk..Kau tahu aku banyak mulut kan??Sekarang dah 5 tahun kita kenal.Aku tahu aku bukan kawan yang baik.Aku tak sempurna.Aku banyak salah.Tapi kau buat kejutan lagi.Tanya soalan,tunang??????Apa????Tunang????Satu je aku nak tanya,kau betul-betul sayang aku???Kau nak jawapan tuk soalan kau tu???Kenapa kau buat semua ini.Jawab.Aku perlukan kepastian.Terima kasih kawan.

23 May 2013

IMBAU


Petang, kaki melangkah menuju ke kafe sambil bergelak ketawa dengan rakan-rakanku. Perut yang kosong itu di isi dengan gelak ketawa kami yang seakan-akan tidak mahu berhenti. Sejurus aku berhenti ketawa,saat maat ku terpandang si dia. Mataku tetap di situ. Fokus pada satu imej yang pernah hadir dalam kamus hidupku. Di bangku depan itu,dia sedang bergelak ketawa dengan rakan yang lain. Pedulikan rakan-rakan perempuan itu,mata ku masih melekap disitu.

Sejurus otakku ini mengimbau kenangan lalu…
Hujan yang lebat itu tidak menghalang aku untuk menerima ajakan dia.Ya,teman dia makan kat kafe. Hujan tu dah jadi nombor dua bagi aku.Bodoh kan??Dengan t-shirt,suar jeans ngn tudung y ntah ape-ape,aku turun. Sweet sangatkan dia amik aku guna payung??huhuhu..Aku masih ingat dia order nasi goreng..huhu..(banyak sgt nak cter)

Manusia ini seolah-olah melakar pelangi dalam hidup aku..namun sayang,warna-warni pelangi itu hanya sebuah ilusi. Aku yang sangat perasan atau awak yang sangat bijak bermain kata??
Saya tahu awak dah bertunang..betul ke??(susah nak percaya sebab awak suka psiko org) hahaha..Apapun,nama awak ada dalam kamus hidup saya.Terima kasih kerana menjadi satu kenangan dan menjadi satu episode dalam hidup gadis pengucapan awam ini.
Just give me a reason,saya akan faham..=)

4 Feb 2013

~SCAR~



Dia menembak tanpa sempat untuk aku berlindung..sakit dan menyakitkan..saat bibir masih lagi mahu berbicara , dia diamkan aku..Ya Allah, apakah semua ini??

Otak berputar mencari  idea bagaimana mahu menewaskan musuh ini..sudah banyak strategi dan peluru dibazirkan..malah aku yang asyik terkena..adakah aku telah tewas?
Bunga yang indah itu juga di salah ertikan..dia menembak lagi..maafkan aku wahai si tulip, aku tidak berjaya mempertahankanmu..gugurlah si tulip jatuh ke bumi..

Dia masih lagi berkata-kata..mempertahankan sesuatu yang aku juga tidak pasti..apa yang aku tahu, api-api yang membakar itu semakin marak..Ya Allah,selamatkan kami..

Peperangan ini terus berlanjutan..bahtera yang dinaiki semakin karam..
( macam cter titanic pulak ) ..api-api  semakin galak menyambar..aku tidak berdaya lagi..seakan mahu menjerit..
Maafkan aku..kau menembak tanpa alasan yang kukuh..aku mengalah kerana  masih menghormatimu sebagai seorang guru..

A tongue has no bones, but it’s already strong enough to break a heart, so be careful with your word
*To be honest with you, every scar tells a story..

31 Jan 2012

YA ALLAH~~

Tepat Pkul 5 pg ,
Aku terbangun dari tidur..seakan-akan ada sesuatu y menyekat kerongkong ku..YA ALLAH,pedihnya tekak  ini..dalam keadaan y gelap gelita itu, aku mencari-cari air..tangan terasa berat mahu mencari suis lampu..lalu dalam keadaan gelap,aku mencapai cawan dan meneguk air..lega!itulah perkataan y terlintas d fikiran semasa air masuk ke kerongkongku..

Pkul 740pgi,
pergi ke kelas dengan hidung berair dan sakit tekak..dugaan datang lagi..badan seolah-olah memahami isi hati..iye, hati aku diburu kerisauan.

Petang,
Aku telefon abah suruh datang ambik..kepala semakin memberat..badan semakin tak berdaya.

Malam,
Aku menolak  pujukan umi untuk bawa aku ke klinik. “xpela umi,sikit jek nie..besok-besok baiklah”.Tidur dengan separuh lena.

Pagi (keesokan ari)
YA ALLAH..batuk..sakit dada mencucuk-cucuk..apa dah jadi nie?? Tiba-tiba terlintas di fikiranku perbualan dengan doktor dulu “kesan sakit operation tu takkan hilang”….Nafas y d tarik seakan-akan mencucuk dadaku..sakit YA ALLAH…

Malam
Aku dibawa ke klinik tanpa ada paksaan dari umi dan abah lagi. Aku memberitahu doktor mengenai masalah utamaku..masalah demam, batuk,selsema dan sakit tekak, aku tolak tepi…
Sekadar hiasan
Aku      : “dada saya sakit lagi..mencucuk-cucuk                                          
Doktor: “itu memang kesan biasa”..
Aku      : “tapi dah satu tahun saya menjalani operation tu”
Doktor: “tak pe,saya bagi PCM tuk hilangkan rasa sakit tu”
Aku      : what????PCM only????damn!!! (dalam ati jek)

Tengah Malam
Aku: “umi, along sakit kepala..rasa macam nak muntah”
Umi terus memicit belakangku bagi meredakan rasa sakit tu..sentuhan kasih sayang dari seorang ibu itu, dapat mengurangkan beban di kepalaku..tapi semua tu tak bertahan lama..Tiba-tiba…
Tanpa menghiraukan apa-apa,aku merempuh masuk ke tandas..segala isi di dalam perut,aku hamburkan keluar..sakit kepala bukan kepalang lagi..berdenyut-denyut..YA ALLAH..Terasa mahu menghantuk kepala di dinding batu itu.
“Umi,sakit!!”
Keluar dari tandas, aku macam orang y dah hilang akal..jalan terhuyung hayang… Pantas tangan mencapai 2 biji pil itu untuk di telan..aku tidur dalam keadaan kepala y semakin memberat dan perut y memualkan.

Hari Ini
Selsema dan batuk itu ada lagi. Dada masih sakit lagi. Tapi hidup perlu d teruskan. Terima kasih YA ALLAH atas ujian ini. Ujian y membuatkan aku makin tabah untuk menjalani semua ini..memberi peluang kepada aku untuk sentiasa menghargai kasih sayang umi dan abah…
Doaku agar aku cukup kuat untuk menghadapi ujian ini…dan cepat sembuh…insyALLAH…

10 Jan 2012

wAys t0 st0p sm0king...

ehem3...tiba-tiba jek rasa nak bagi tips cane nak berhenti dari merokok...hehehe...siapapun anda di luar sana yang merupakan perokok, bolehlah cuba-cuba saya punya tips nie...menjadi ke tidak,itu nombor dua...yang penting usaha dulu k!

1) Beritahu 0rang di Sekeliling
- katakan kepada orang-orang yang korang sayang, bahawa korang mahu berhenti merokok...sekurangnya beliau (org y anda syg) akan cuba untuk memberikan semangat dan sokongan.

                                                   
2) Mengetahui Alasan
-kenapa nak berhenti dari merokok? Itu yang korang perlu tahu. Adakah ianya berbahaya?membazirkan duit? (fikir sendiri k!)

3) Menahan Diri
-korang mestilah dapat menahan diri dari merokok. Senang jek, buang jek rokok y ada..hehehe..tak pun,puasa..mesti tak merokok kan kalau puasa??

4) Membahagikan Wang
-korang bagi jek duit korang tu kat mak, bapak, ayah tiri, awek tiri, awek kandung dan macam-macam agi..bila duit dah takde, mesti tak beli rokok kan??
                                         
                                           
5) Sekeh Kepala Sendiri
-dah tahu diri tu susah nak berhenti merokok, korang sekeh kepala korang sendiri...sakit tak???kalau sakit, itulah rasa sakitnya paru-paru anda...cewahh!!!
-kalau tak sakit, biar aku tolong sekehkan kepala korang...hehehe

6) Makan Buah Dan Sayur-sayuran
-benda nie dapat kurangkan rasa nak merokok tu.                

7) Tumbuk Tuan Kedai
-korang pegi tumbuk tuan kedai yang jual rokok tu sampai lebam .Yela, bila dia sakit,mesti dia tak buka kedai kan???Jadi mesti hari tu,korang tak merokok...urrrmmmmm

8) Bersihkan Rumah
-mesti korang ingat takde kena mengena dengan rokok kan? Adalah!!!cani,korang bersih jek segala yang kat dalam rumah korang tu yang berkaitan dengan rokok..contoh, debu rokok,asap rokok, sisa-sisa rokok, kotak rokok..
-rumah korang pun mesti bersih kan???

9) Berkongsi
-hah, korang kongsi rokok yang korang ada tu dengan awek korang..senang cter, berkongsi hidup dan mati...hehehehe...

10) Kutuk Diri Sendiri
-yang nie mesti susah nak buat kan??siapa y sanggup kutuk diri sendirikan??dah tahu mulut tuu busuk, jangan nak cakap banyak!!p gosok gigi skang!!lempang karang bru taw!!! (marah nie!!!!)



Pesanan ikhlas.
: Sayangilah diri anda...ingatlah orang tersayang....