Petang, kaki melangkah menuju ke kafe sambil bergelak ketawa
dengan rakan-rakanku. Perut yang kosong itu di isi dengan gelak ketawa kami yang
seakan-akan tidak mahu berhenti. Sejurus aku berhenti ketawa,saat maat ku
terpandang si dia. Mataku tetap di situ. Fokus pada satu imej yang pernah hadir
dalam kamus hidupku. Di bangku depan itu,dia sedang bergelak ketawa dengan
rakan yang lain. Pedulikan rakan-rakan perempuan itu,mata ku masih melekap disitu.
Sejurus otakku ini mengimbau kenangan lalu…
Hujan yang lebat itu tidak menghalang aku untuk menerima
ajakan dia.Ya,teman dia makan kat kafe. Hujan tu dah jadi nombor dua bagi
aku.Bodoh kan??Dengan t-shirt,suar jeans ngn tudung y ntah ape-ape,aku turun.
Sweet sangatkan dia amik aku guna payung??huhuhu..Aku masih ingat dia order
nasi goreng..huhu..(banyak sgt nak cter)
Manusia ini seolah-olah melakar pelangi dalam hidup
aku..namun sayang,warna-warni pelangi itu hanya sebuah ilusi. Aku yang sangat
perasan atau awak yang sangat bijak bermain kata??
Saya tahu awak dah bertunang..betul ke??(susah nak percaya sebab awak suka psiko org) hahaha..Apapun,nama awak ada dalam kamus
hidup saya.Terima kasih kerana menjadi satu kenangan dan menjadi satu episode dalam
hidup gadis pengucapan awam ini.
Just give me a reason,saya akan faham..=)
No comments:
Post a Comment